top of page

Imej Kubah Surau

​

Surau merujuk kepada Surau Darul Huda sebagai salah sebuah bangunan dan institusi yang terawal dibina di Kampung Kuala Lama. Imej ini sebagai perlambangan agama Islam sebagai anutan dan amalan penduduk-penduduk Kampung Kuala Lama. Ia juga sebagai simbol kesucian institusi surau sebagai tempat penduduk-penduduk kampung mempelajari, meningkatkan dan mempraktikkan ilmu agama.

 

Imej Rumah & Manusia

​

Perlambangan penempatan dan penduduk-penduduk Kampung Kuala Lama yang tersusun. Ia juga sebagai simbol perpaduan penduduk kampung dengan masyarakat sekitar.

 

Imej Tibow

​

Perlambangan sebagai Kampung Kuala Lama merupakan penempatan orang Melanau yang masih mengekalkan keutuhan etnik tersebut di Mukah. Ia juga simbolik kawasan pantai Kampung Kuala Lama (merujuk Taman Kala Dana) merupakan tapak diadakan Pesta Kaul Mukah setiap tahun.

 

Imej Pokok Kelapa

​

Perlambangan Kampung Kuala Lama tetap mengutamakan kebersihan, keindahan dan keceriaan semula jadinya sebagai sebuah perkampungan moden yang mengekalkan ciri-ciri tradisi.

 

Huruf JKKK

​

Singkatan kepada maksud Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung.

 

Warna Hijau

​

Sinonim kepada warna pasukan bola sepak Kampung Kuala Lama yang sangat hebat dalam sejarahnya iaitu Pekala. Hijau juga sebagai lambang Kampung Kuala Lama yang memelihara keindahan alam semula jadi.

 

Warna Biru Huruf JKKK

​

Perlambangan kepada kepimpinan Ketua Kaum yang memacu JKKK selari dengan visi, misi dan slogan “Ke Arah Kampung Kuala Lama Yang Lebih Progresif, Aktif, Sejahtera, Sihat & Ceria”.

bottom of page