top of page

VISI 

​

“Pengurusan JKKK Kampung Kuala Lama Berkesan, Masyarakat Cemerlang,

Kampung Gemilang”

​

Tafsiran Visi

​

  • Pengurusan JKKK Kampung Kuala Lama Berkesan melalui pengurusan organisasi dan pengelolaan program/aktiviti yang teratur dan sistematik merupakan cara atau kaedah untuk merealisasikan visi.

  • Masyarakat Cemerlang merujuk masyarakat Kampung Kuala Lama yang menyertai program/aktiviti di pelbagai peringkat sebagai kumpulan sasaran untuk mencapai hasrat visi.

  • Kampung Gemilang pula sebagai hasrat organisasi JKKK yang akan dicapai hasil daripada pengurusan organisasi berkesan dan penyertaan masyarakat yang progresif dan aktif.

​

MISI 

​

“Melestarikan Pentadbiran Kampung Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Masyarakat Bagi Memenuhi Aspirasi Negara”

​

Tafsiran Misi

​

  • Melestarikan Pentadbiran Kampung Yang Berkualiti merupakan ketetapan dasar terhadap cara atau kaedah program/aktiviti yang berkualiti untuk merealisasikan misi.

  • Untuk Membangunkan Potensi Masyarakat adalah untuk melahirkan masyarakat yang progresif sebagai kumpulan sasaran bagi mencapai hasrat dan kehendak misi.

  • Bagi Memenuhi Aspirasi Negara pula adalah bagi menghasilkan individu dan masyarakat yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek serta sosial sejajar dengan slogan “Ke Arah Kampung Kuala Lama Yang Lebih Progresif, Aktif, Sejahtera, Sihat & Ceria”.

bottom of page